Bila sebut pasal belut, ramai yang akan kata, "eeeeiii...geli la!". Tapi saya tak rasa macam tu. Belut ni banyak khasiat sebenarnya. Hanya kita yang tak tahu. Spesis belut mempunyai nilai pemakanan yang tinggi dan kaya dengan lemak, kalsium, vitamin B, vitamin D dan zat besi. Ramai yang percaya belut boleh membantu mengubati pelbagai penyakit seperti buah pinggang, lelah, darah gemuruh, lemah tenaga batin dan menyembuhkan luka pembedahan. Jika diamalkan pemakanannya, belut dikatakan boleh menguatkan daya tahan tubuh, menormalkan tekanan darah, menghaluskan kulit, mencegah penyakit mata, menguatkan daya ingatan dan mencegah penyakit Hepatitis.
Berbalik kepada kisah saya, saya pula suka makan belut. Kalau pergi pasar nak beli belut, mesti saya nak pilih sendiri sebab saya suka tengok dan pegang belut yang masih hidup kat dalam tong tu.
Berbalik kepada kisah saya, saya pula suka makan belut. Kalau pergi pasar nak beli belut, mesti saya nak pilih sendiri sebab saya suka tengok dan pegang belut yang masih hidup kat dalam tong tu.
Gambar kat atas tu diambil masa saya ikut kawan saya pergi memancing belut kat sawah padi di Kuala Rompin, Pahang beberapa tahun lepas. Seronok sangat sebab tu adalah kali pertama saya memancing belut (bukan memancing sebenarnya, tolong tengok saje). Rupa-rupanya memancing belut tu tak sama dengan memancing ikan. Kalau memancing ikan, kita menggunakan joran, tapi memancing belut ni hanya menggunakan tali tangsi. Itu cara yang digunakan di kawasan tu. Kalau di tempat lain, saya kurang pasti. Saat yang paling seronok semestinya ketika umpan kita mengena. Tapi kalau nasib tak menyebelahi, pasti terlepas sebab badan belut sangat licin.
Pelbagai masakan yang berasaskan belut boleh dihasilkan. Antaranya ialah sup belut, belut masak paprik, laksa belut, tom yam belut dan bermacam-macam lagi.
Apa pun, saya suka B.E.L.U.T!!
Apa pun, saya suka B.E.L.U.T!!
macam ni baru la nampak seorang penulis blog yang professional, tingkatkan lagi gaya penulisan agar ianya menjadi lebih menarik.
ReplyDelete;p thank u...
ReplyDelete