Sunday, 8 April 2012

BFF...

kenangan semasa di KIST..

2 already taken..1 still available..

rakan sekerja..



kenangan semasa menuntut di UIAM, Gombak..


semasa konvo..


Kenangan bersama teman-teman adalah sesuatu yang sangat berharga..sesuatu yang tak mungkin kita dapat kembali..bila kita meninggalkan saat itu, pasti suatu hari kita akan merinduinya dan mengharapkan semua itu akan berulang..kadang-kadang terasa rindu kenangan bersama teman-teman sekolah, teman-teman universiti, teman-teman yang pernah jadi rakan sekerja..tapi setiap pertemuan, pasti ada perpisahan..

Bila masing-masing sudah ada hidup sendiri, sudah ada keluarga dan kerjaya, jarang sekali untuk kita dapat bertemu dan bersama..tuntutan kerja dan komitmen terhadap keluarga membataskan semua itu..hargailah persahabatan sebelum kita kehilangannya.. I miss my friends....

Saturday, 7 April 2012

B.E.L.U.T



Bila sebut pasal belut, ramai yang akan kata, "eeeeiii...geli la!". Tapi saya tak rasa macam tu. Belut ni banyak khasiat sebenarnya. Hanya kita yang tak tahu. Spesis belut mempunyai nilai pemakanan yang tinggi dan kaya dengan lemak, kalsium, vitamin B, vitamin D dan zat besi. Ramai yang percaya belut boleh membantu mengubati pelbagai penyakit seperti buah pinggang, lelah, darah gemuruh, lemah tenaga batin dan menyembuhkan luka pembedahan. Jika diamalkan pemakanannya, belut dikatakan boleh menguatkan daya tahan tubuh, menormalkan tekanan darah, menghaluskan kulit, mencegah penyakit mata, menguatkan daya ingatan dan mencegah penyakit Hepatitis.

Berbalik kepada kisah saya, saya pula suka makan belut. Kalau pergi pasar nak beli belut, mesti saya nak pilih sendiri sebab saya suka tengok dan pegang belut yang masih hidup kat dalam tong tu.

Gambar kat atas tu diambil masa saya ikut kawan saya pergi memancing belut kat sawah padi di Kuala Rompin, Pahang beberapa tahun lepas. Seronok sangat sebab tu adalah kali pertama saya memancing belut (bukan memancing sebenarnya, tolong tengok saje). Rupa-rupanya memancing belut tu tak sama dengan memancing ikan. Kalau memancing ikan, kita menggunakan joran, tapi memancing belut ni hanya menggunakan tali tangsi. Itu cara yang digunakan di kawasan tu. Kalau di tempat lain, saya kurang pasti. Saat yang paling seronok semestinya ketika umpan kita mengena. Tapi kalau nasib tak menyebelahi, pasti terlepas sebab badan belut sangat licin.

Pelbagai masakan yang berasaskan belut boleh dihasilkan. Antaranya ialah sup belut, belut masak paprik, laksa belut, tom yam belut dan bermacam-macam lagi.

Apa pun, saya suka B.E.L.U.T!! 

Monday, 2 April 2012

Salam Pertama Dariku

Assalamualaikum..Salam sejahtera dan Salam Perkenalan...
Malam ini bermula lah diari coretan yang tidak seberapa untuk tatapan teman-teman yang sudi menjenguk ke laman ini.. Semoga apa yang baik dapat dikongsi bersama.. dan yang buruk dapat pula kita jadikan teladan..